Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.
Tanggal 27 Oktober 2008 bersamaan 27 Syawal 1429, telah terpahat satu lagi catatan sejarah dalam hidup aku sebagai seorang insan. Telah berlangsung satu majlis yang telah mengubah status diriku daripada seorang yang diketahui umum sebagai “single” kepada seorang yang kini telah menjadi tunangan orang.
Benarlah; ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Aku sama sekali tidak menduga Syawal 1429 ini akan membawa sesuatu yang bakal merubah hidupku. Barangkali berkat tempias dan bahang dari Nandre the Lengend, Duna, Suliana, Huda dan tak lupa Amien the Raptor.
Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada kedua ibubapaku, sanak saudara, serta sahabat handai kerana menjayakan majlis pertunangan ini. Walaupun majlis ini diadakan dengan kadar yang sederhana, namun ianya amat bermakna bagi diriku. Kesanggupan dan kesungguhan kalian dalam menjayakan majlis ini amatlah dihargai. Semoga penat lelah dan jerit payah kalian menjadi ibadat disisi Tuhan.
Kepada Allah S.W.T aku pohon agar pertemuan dan pertunangan ini diberkati dan dirahmati. Amin…
Abd Halim Ismail
Norhayati Yahya
haliiiiiimmmmmmmmm…….tahniah tahniah…yeayyyyy!!!!dpt mommy baruuuuu!!!!!
suli dah masuk dulu rupanya..
jeng jeng jeng, aku dah masok nie.
Halimmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!!!
apa dah jadi dgn hang nie? wahhhhhhhhhhhhhhhhhh
satu kejutan yang aku memang tekejut la, satu anjakan paradigma baru dalam hidup Mr H. tahniah brader, karna hang dah buat keputusan yang memang sukar dibuat..
all the way brader…
kak uda tau nie, mesti dia komen punya la.hahahahaa
harus la sy masuk dulu…naluri sy kuat yg mengatakan halim bertunang…x sangka betul rupa2 nya…ye lah mana penah halim cuti lama2 sgt…hahahahaha…pasni no gosip2 OK!
halimmmmmmmmmmmmmmm !!! tahniah.. rahsia sggh selama ini ek.. dah jd insan bdarah manis rupanya !!! nak tgk pic!!!
aku sakit jantung arr..arghhhhhhhhhhh terkejut lg.. ko ni senyap2 jek ek.. hantu sggh !!!
heheheh… aku dah tau dah selama ni…. memang btul sangkaan aku.. hahahahah… berpatah arang berkerat rotan la sesaper yg ade hati ngan halim pasni… huhuhu.. TAHNIAH MR. BOS…. aku suke…. pasni aku bg petua len kat hang ekk….
halim, lepas nie kalau dah tau semua, satu bangunan rumah agam nie akan tau pasai hang nie.. hang kena bersiap sedia la lepas nie… macam2 panahan dan peluru dan bom atom akan mengena hang
amin, maswari, uda, qibby, taqie, kamarul semua tak tau lagi nie… dapat tau kat depa nie, mesti gempak satu blog halim nie dengan bunyi-bunyian mercun dan meriam buloh dan bunyi kicauan burung sempena menyambut satu pesta untuk tengku halim….
kebommmmmmmmmmmmmmmmm, kaboommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
kawan sume… bknnya nak berahsia ke ape.. cuma x confirm lg, jd x berani la nk ckp.heboh awai2, lain plak y jd ssh plak.cuma klu korang perasan aku cuma bagi hint – coming soon & lepas raya..
halim, tindakan hang nie satu tindakan yang luar biasa – cinta luar biasa la tu…
aku sokong tindakan hang nie, satu action yang bijak dan molek la…chewahhhhhhhhh
lepas nie zahid akan mengikuti jejak langkah hang la plak…pastikan dia ambek berkat Mr H… hahahaa
sy dgn ini menyokong saranan en. Tiger spt di atas seratus peratus…
kebommmmmmmmmmmmmmmmm, kaboommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
hahahhahaha…siap la ko wahai tengku halim…berita tentang ko ni terlah disebarkan oleh stesen radio PLF yang terkenal tu…
maka dengan ini terimalah komen2 yang agak pedas sepedas meggi kari berapi yang ko selalu makan dulu2…
komen 1:
dua tiga kucin makan meggi,
mana nak sama si kucin belang,
kalo umur 22, 23 boleh la main2 lagi,
tapi kalo umur dah 30 ++, apa lagi boleh ku bilang?
komen 2:
nak main bola tapi kaki bangku,
apatah lagi kalo cuba nak menari,
tahniah diucapkan kepada encik tengku,
akhirnya tersarung jua cincin di jari
komen 3:
makcik timah membakar bahulu,
membakar bahulu di kota melaka,
mati-mati aku ingat ko gay dulu,
rupanya tanggapanku tipu belaka
komen 4:
jauh sungguh kammy berjalan,
bila boring dia main bowling,
muga kasih terus berkekalan,
kalo nak belanja nasik minyak jangan lupa koling-koling
komen 5:
beruang panda meminum cuka,
ikan flowerhorn sedang berduka,
ini semua gurauan belaka,
tengku jangan marah, janganlah murka
terima kaseeeeyyyyy!!!!!!
hahahaha…lawaknye komen no. 3…syabas!syabas!
ehh… apa nie..
tulen bang… bukan tiruan tau…
harini aku tanak keje…
aku nak komen untuk blog ni sampai kul 6 petang karang…
siap la ko tengku!! ni kira penghormatan la untuk orang yang berdarah manis cam tengku halim nih…
eh, puan suli tu apahal??
encik tiger mana pegi plak arini? tak kelihatan lagi pun…
apahal plak…aku punya pasal lah!!!
har har har… berita gumbira harus la kite kongsi.. ahaksss.. aku sebarkan berita gumbira sajok.. yg buruk2 aku simpan okeh???
halim, congrats. ye, maria setuju, masa tunang ni tak pyh la heboh2, lgpun abg halim kan pemalu orgnye… kita doakan dia “selamat” sudah.. nnt dah walimatulurus mesti ada jemputan punya.. hehe
halim..tahniah2..aku baru tau.maklumla aku bz ngan exam,br bukak blog..tak sangkanye..aku br je nak kenenkan ngan kwn aku..hehe..anywy tahniah2..
halim… ko post cerita ni bulan october tapi penghujung bulan december ni baru aku tau… sori la tengku aku lambat wish congrats. belom tambah RAM lagi…
aku nak tgk pict bertunang la wei…..
abg halimmm…awat xhabaq dh bertunng…..congrate!!!kawin jgn luper jemput na….
Inilah namanya ketinggalan bas mini.
tahniah en.halim. Moga segala yang dirancang berjalan lancar,insyaallah..niat baik dibalas baik jua akhirnya,.,
tersenyum saya sensorang baca statement en.halim takmahu heboh dulu takut tak jadi.. cam artis Malaysia punya komen dalam majalah hiburan je bunyinya
betullah tu.. kita merancang,Allah jua yang menentukan segalanya.
hahahaha, halim
adalah seorang yang menyimpan dan mengusahakan perusahaan digitasi dan sweet blood macam first blood cherita rambo tu lah…
kenduri dia nanti, kita pakat pi ramai-ramai… ajak saudara amroth tu sama.. dia kena pi jugak.. ambek BERKAT… heheheehehehehee