Salam sejahtera..sudah agak lama rasanya tak menjengah ke blog ni. Dengar-dengarnya telah dicop “janji pelesu” oleh sebahagiannya kerna tiada khabar berita…hehehe…hish, ngeri n dasat sungguh. Sebenarnya bkn pn berniat untuk menyepi apatah lg menyembunyikan diri, akan tetapi keadaan diri serta keadaan yg menyebabkan hal sedemikian terjadi.
Tanggal 11 mac 2010, hari terakhir aku berkhidmat di Yayasan Kepimpinan Perdana. Kurang lebih, hampir 4 tahun aku menjadi warga YKP. Mana mungkin aku lupakan semua kejadian, peristiwa, ataupun kenangan sepanjang aku menjadi warga PLF. Mulanya berulang dari Gombak-Putrajaya, kemudian Puchong-Putrajaya (lagi-lagilah aku tak boleh nak lupa..) dan akhirnya Kajang -Putrajaya.
Masih lagi terbayang semasa majlis kenduri kahwin aku aritu, ramai member2 PLF yang hadir. Juga dengan hadiah-hadiah yang dibawa…dan yang teristimewa Sweet Cherry untuk Iman..terima kasih semua.
15 Mac 2010, hari aku mula lapor diri kat USM dan aku kini telah menjadi warga USM. Bermulalah minggu-minggu yang agak sibuk (jg buat2 sibuk) dengan kursus induksi. Hampir satu bulan setengah aku kena menjalani kursus ini, menjelajah setiap bahagian dan unit yang wujud di dalam Perpustakaan Hamzah Sendut. Kursus induksi ni lebih kurang macam latihan praktikal semasa belajar library science dulu la.
Sekarang aku sedang menjalani latihan “cataloging” di unit BPT (Bahagian Proses Teknik) untuk tempoh enam bulan. Satu benda yg agak menarik di sini, banyak short form yang perpustakaan guna – BPT, PPKT, PAP, SKT, FKMK … mula-mula tu pening & confuse jugalah… Pada mulanya aku mengkatalog buku secara manual, rujuk kitab merah (LCSH) – katalog buku dalam borang katalog.. Lama juga la, sehinggalah aku mendapat sebuah PC.. Selepas training cataloging ni aku pn tak tau lg kat bahagian mana aku kena letak…
Begitulah serba sedikit kisah aku sepanjang kurang lebih 2 bulan setengah kat USM ni.
salam
akherrrnyyyaaaaaaaaaaaaaaa…….
hidup jugak blog ni. aduh punya la lama kami sekalian umat manusia menunggu tuan punya badan mendapat petunjuk utk meng-hupdate menatang alah ni.. aduyaaii..
jadi akhernya kami semua tau kenapa tuan menyepikan diri. memang betul, kesibukan itu membuatkan kita kadang2 dipisahkan dgn silaturahim. tetapi ngan medium sebeginilah kita buleh tau cerita2 semasa geng2…
hehe.. sorry la geng, terpanjang pulak komen…
mmg nk update pn..tp ketiadaan PC menyebabkan usaha murni ni sdkit terbantut…akhirnya setelah hampir 2 bln, usm telah sudi memberi 1 PC..ramai katanya…waiting list panjang..
waiting list…. hahaha.. kalo ada masa update la, ramai geng2 nk tau perkembangan inche halim di sana…
kenangan puchong-putrajaya pon aku lagi la takleh lupakan.
yg paling aku ingat sudah tentunya memori beruang sarkas naik beskal… wahhahahhahaa…
yaaa…kenangan puchong-putrajaya antara kenangan yg terindah..
enche halim yang mulia dan dihormati,
tahniah karna dah menerima PC yang buleh membuat hang update status hang kat sana, tengok, ada blog ni, kita bule baca perkembangan kawan-kawan kat tempat lain…
tu yang baguihnya.
tahniah kang halim karna sudah mempelajari segala benda pasai Hamzah Sendut punya library. caya la. tu la macam la kawan.
dari gombak mai sini, dari sini pi sana plak.. anak tanjung la hang nie.
apa pon, aku dan amin akan sentiasa memerhatikan blog org untuk dikomen, bak kata org: Macam Israel memerhatikan kapal-kapal bantuan NGO ke Palestine, dapat ja tembak. hehehehehe. tapi tadakla tembak teruih, kami berdua ni maseh lagi ada perikemanusiaan.
boh sikit-sikit tu dah menjadi adat dunia.
yaaaa… kami memang suka membedil blog org.. yahuuu…
kang halim,
aku rasa hang kena cherita sikit nanti pasaidan memoir aku, kamarul dan puchong
silap:
memoir aku, kamarul dan puchong yang sebenaqnya
salah tu bro, patutnya camni:
Memoir aku, kammy, puchong dan misteri nusantara… hahaha
ya Allah hepinya aku walaupun aku lambat tau halim telah tidak buat janji pelesunya…kehkehkeh….. halim aku gumbira ko masih menghidupkan belog ko walaupun setaun 2 kali jek…
moga ko dan keluarga sihat sejahtera
keja elok2… nanti bulan 8 aku n sulie akan ke penang…. yiehaaa…. jgn lupa jengok km kt lobi hotel….