Feeds:
Posts
Comments

Hari raya datang lagi…

Kurang lebih lima hari lagi, semua umat Islam akan menyambut hari raya. Rasa-rasa semua orang tentu sedang sibuk buat persiapan. Kira-kiranya, ni dah hampir-hampir nak masuk zon kritikal a.k.a last minute preparation ni. Tahun ni aku beraya dlm kategori sederhana saja. Ye la..ahli dh bertambah. Yang penting kena settle urusan anak dara kecik sorang ni dulu..pastu baru la mak dia ngan ayah dia.

Untuk pertama kali setelah bertahun-tahun mencari rezeki di perantauan, tahun ni dapat la aku berhari raya tanpa perlu memikirkan satu benda yang mampu menjadi mimpi ngeri anak perantauan setiap kali menjelang musim perayaan…”tiket”, tak kira la tiket bas ke, keretapi waimma tiket kapal terbang..Alhamdulillah..Kepada semua anak perantauan, semoga kalian selamat sampai ke kampung halaman dengan selamat dan sejahtera..Amin..

Dalam sibuk-sibuk buat persiapan ni, buat kaum bapa tu jangan la sampai lupa nak keluar zakat fitrah. Dah jadi kewajipan dan tanggungjawab ni. Tahun ni bertambah lagi satu gantang beras..kalau dulu satu gantang..kemudian menjadi dua gantang, skrng sudah tiga. Tahun depan adakah akan menjadi bergantang-gantang beras…entah la…hehehe

Aku nak ucapkan selamat hari raya buat semua kenalan, rakan, sahabat, teman dan juga kawan..Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin..tak lupa juga buat rakan-rakan kat Perdana Library, PLF;nandre, mus, niza, suhana, shimot, idayati, kak lat, sulie, juga buat D-Team..adila, ninie, kak cik, azat, cik da, ida kecik, (mungkin sebahagian dh tak ada kt PLF), tak lupa buat chip Azahar..selamat hari raya, maaf zahir batin..juga buat semua rakan-rakan kt USM.

Semoga Syawal yang bakal menjelang bakal membawa keberkatan dan kebahagiaan dalam kehidupan. Ramadhan yang akan berlalu pergi, semoga mendapat kerahmatan dan keampunan dari Ilahi. Tahun depan panjang umur, murah rezeki jumpa lagi dengan Ramadhan…amin..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR BATIN

Salam sejahtera..sudah agak lama rasanya tak menjengah ke blog ni. Dengar-dengarnya telah dicop “janji pelesu” oleh sebahagiannya kerna tiada khabar berita…hehehe…hish, ngeri n dasat sungguh. Sebenarnya bkn pn berniat untuk menyepi apatah lg menyembunyikan diri, akan tetapi keadaan diri serta keadaan yg menyebabkan hal sedemikian terjadi.

Tanggal 11 mac 2010, hari terakhir aku berkhidmat di Yayasan Kepimpinan Perdana. Kurang lebih, hampir 4 tahun aku menjadi warga YKP. Mana mungkin aku lupakan semua kejadian, peristiwa, ataupun kenangan sepanjang aku menjadi warga PLF. Mulanya berulang dari Gombak-Putrajaya, kemudian Puchong-Putrajaya (lagi-lagilah aku tak boleh nak lupa..) dan akhirnya Kajang -Putrajaya.

Masih lagi terbayang semasa majlis kenduri kahwin aku aritu, ramai member2 PLF yang hadir. Juga dengan hadiah-hadiah yang dibawa…dan yang teristimewa Sweet Cherry untuk Iman..terima kasih semua.

15 Mac 2010, hari aku mula lapor diri kat USM dan aku kini telah menjadi warga USM. Bermulalah minggu-minggu yang agak sibuk (jg buat2 sibuk) dengan kursus induksi. Hampir satu bulan setengah aku kena menjalani kursus ini, menjelajah setiap bahagian dan unit yang wujud di dalam Perpustakaan Hamzah Sendut. Kursus induksi ni lebih kurang macam latihan praktikal semasa belajar library science dulu la.

Sekarang aku sedang menjalani latihan “cataloging” di unit BPT (Bahagian Proses Teknik) untuk tempoh enam bulan. Satu benda yg agak menarik di sini, banyak short form yang perpustakaan guna – BPT, PPKT, PAP, SKT, FKMK  … mula-mula tu pening & confuse jugalah… Pada mulanya aku mengkatalog buku secara manual, rujuk kitab merah (LCSH) – katalog buku dalam borang katalog.. Lama juga la, sehinggalah aku mendapat sebuah PC.. Selepas training cataloging ni aku pn tak tau lg kat bahagian mana aku kena letak…

Begitulah serba sedikit kisah aku sepanjang kurang lebih 2 bulan setengah kat USM ni.

Selamat Tahun Baru 1431H

Sedar tak sedar kita sudah pun berada di penghujung 1430H. Kurang lebih 24 jam, tahun baru 1431H bakal menjelang. Begitu pantas masa berjalan. Seribu satu ragam, kenangan, peristiwa samada baik atau buruk, pahit atau manis akan dibawa 1430H yang akan berlalu pergi, kekal menjadi sebahagian daripada coretan sejarah.

1430H telah merakamkan pelbagai kejadian dan perubahan yg terjadi dlm hidup manusia. Antaranya dari satu  a.k.a “solo” menjadi dua, sebahagiannya pula  dari dua menjadi tiga, tidak kurang juga dari tiga menjadi empat, dan begitulah seterusnya… Apa jua yang terjadi, sama-samalah kita bersyukur dengan pemberian dan anugerah Ilahi.

Semoga tahun 1431H membawa kebaikan dan keberkatan utk umat manusia seluruhnya. Segala kesilapan mahu pun kekurangan yang kita miliki sepanjang 1430H, jadikanlah ia sebagai pedoman dan panduan bagi menghadapi hari mendatang agar ianya tidak lagi berulang. Setiap kebaikan dan kebajikan yang kita lakukan, semoga ianya berkekalan dan berterusan malah dapat dilipat gandakan sebagai amalan hidup seharian.

Selamat Menyambut Tahun Baru 1431H.

Qabiltu…

Alhamdulillah… setelah bertunang hampir lima purnama lamanya, tanggal 28 Februari 2009 bersamaan 3 Rabiul Awal 1430 aku telah selamat diijabkabulkan dengan tunanganku Norhayati Yahya di Masjid Kg. Sungai Dedap. Dengan lafaz “aku terima nikahnya…” maka kini aku sudah bergelar sebagai seorang suami.

Dengan gelaran ini, kini sudah terpikul di bahu aku amanah sebagai seorang suami, anak, juga menantu. Aku berdoa moga2 aku dapat  menunaikan semua tanggungjawab tersebut dengan sempurna.

gambokawen1

Dah kawin...

Selesai satu bab… kini tinggal majlis walimatulurus atau kenduri kawin yang bakal berlangsung kurang lebih 2 minggu dari sekarang. Persiapan bagi majlis tersebut kini hampir selesai sepenuhnya. Semoga majlis tersebut akan berlangsung dengan meriah dan sempurna. Kepada kawan2 yang ada kelapangan dijemput memeriahkan lagi majlis kenduri kawin ini.

Semoga jodoh pertemuan antara kami berdua akan kekal selamanya hingga ke hujung nyawa… “till death do us part” bak kata omputeh.

Selangkah…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

 

Tanggal 27 Oktober 2008 bersamaan 27 Syawal 1429, telah terpahat satu lagi catatan sejarah dalam hidup aku sebagai seorang insan. Telah berlangsung satu majlis yang telah mengubah status diriku daripada seorang yang diketahui umum sebagai “single” kepada seorang yang kini telah menjadi tunangan orang.

 

Benarlah; ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Aku sama sekali tidak menduga Syawal 1429 ini akan membawa sesuatu yang bakal merubah hidupku. Barangkali berkat tempias dan bahang dari Nandre the Lengend, Duna, Suliana, Huda dan tak lupa Amien the Raptor.

 

Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada kedua ibubapaku, sanak saudara, serta sahabat handai kerana menjayakan majlis pertunangan ini. Walaupun majlis ini diadakan dengan kadar yang sederhana, namun ianya amat bermakna bagi diriku. Kesanggupan dan kesungguhan kalian dalam menjayakan majlis ini amatlah dihargai. Semoga penat lelah dan jerit payah kalian menjadi ibadat disisi Tuhan.

 

Kepada Allah S.W.T aku pohon agar pertemuan dan pertunangan ini diberkati dan dirahmati. Amin…

 

Abd Halim Ismail

Norhayati Yahya

 

 

 

 

 

Salam Aidilfitri 1429H

Salam. Dah lama rasanya tak menjengah blog ni…

 

Lebih kurang seminggu lagi semua orang dah nak sambut hari raya. Aku mcm biasa la masih lagi berada di perantauan (walaupun tak jauh sgt, kira merantau la juga), mencari rezeki kata orang. Hujung-hujung Ramadhan mcm ni kalau waktu kecil2 dulu, ini la antara waktu yang meriah dalam hidup. Apa taknya, inilah masanya untuk pasang pelita panjut.. best tuu.

 

Ingat lagi, aku bersama kawan2 masuk hutan cari buluh, tebang buluh, kerat buluh… bukan nak buat lemang, tapi nak buat pelita panjut. Lepas tu, kami pakat2 cari tin minuman aluminium banyak2… pun nak buat pelita. Waktu itu, boleh dikatakan kebanyakan pelita panjut yg dipasang keliling rumah kami buat sendiri, “handmade” bak kata orang putih. Tak main la beli kat kedai, tak da feel… Siapa yang boleh buat pelita paling banyak kira dia la yang paling terrer. Siapa yang banyak beli pelita kat kedai tu kira koman atau pun cikai la.

 

Lagi satu, aku ingat lagi pelita panjut ni nak kena guna minyak tanah. Masalahnya minyak tanah ni agak mahal la sikit, maka kami dengan kreatifnya menggunakan minyak diesel sebagai ganti (masa tu minyak diesel ni murah, tp klu skrg ni… ). Walaupun asap dia banyak sikit, tapi tahan lama dan agak lambat habis kalau nak dibanding dengan minyak tanah ni. Sesetengah orang pasang pelita panjut ni katanya nak sambut malam tujuh likur, ada pula katanya nak sambut lailatul qadar (ustaz aku kata agak kurang kena kalau kita buat cmni). Bagi kami senang ja, pasang pelita nak bagi cantik, nak bagi meriah sebab nak raya…

 

Petang-petang lepas kelas ngaji Quran, ada satu acara wajib…. main meriam tanah. Tempat dia mesti la kat hujung kampung, atau pun mana-mana area yang agak jauh dari rumah orang. Kawasan larangan; dekat dengan rumah orang atau mana-mana tempat yang dekat dengan rumah yang ada anak kecil, yang baru lahir (ni undang-undang yang mesti dipatuhi oleh pemain-pemain meriam tanah sejak turun temurun). Meriam tanah ni kami buat guna paip yang digunakan bagi mengalirkan air ke bendang (org Kedah panggil “kok”). Lepas tu kumpul duit sorang 20 sen @ dua kupang, buat beli karbait. Dah tu, petang2 gamat la satu kampung dengan bunyi meriam. Lawan siapa bunyi paling kuat.

 

Sekarang ni itu semua dah jadi kenangan. Dah susah nak merasa semua tu. Bila dah kerja ni, tak ada kesempatan nak buat benda-benda yang pernah aku buat waktu kecil2 dulu. Kadang-kadang tu teringin juga nak buat balik semua tu…

 

Bersempena dengan Syawal yang bakal menjelang ini, aku mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf dari kedua ibubapa, sanak-saudara, guru-guru, bos/chief serta semua kawan-kawan, rakan-taulan juga sahabat-handai atas semua salah silap yang pernah aku lakukan. Semoga Ramadhan yang bakal berlalu ini memberi keampunan dan keberkatan buat kita semua dan Syawal yang bakal menjelang ini memberi kebahagian dan keceriaan.

 

“Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin”

Hari Ini Dalam Sejarah

Pagi 26/11/2007, aku memulakan kehidupan sepertimana hari-hari biasa; bangun pagi, mandi, solat subuh, kemudiannya bersiap-siap untuk pergi ke opis. Rutin biasa yang ku lalui setiap hari, tiada yang ganjil. Namun, tatkala kakiku mula melangkah melangkaui pintu rumahku, tiba-tiba terdetik di hati, terdapat sesuatu yang belum lengkap, belum sempurna pada diriku. Dompet!!!! Ya… aku tertinggal dompet.

Aku kembali ke bilik untuk mengambil dompet. Aiishh…. pelik, dompet tak da la plak dalam bilik. Ooooh… barangkali kat ruang tamu, segera aku beralih ke ruang tamu. Anak mataku meliar ke segenap sudut dan ruang di mana aku selalunya meletakkan dompetku. Tak ada… Aarrgghh… kat bilik tak da, kat ruang tamu pun tak da, kacau-kacau… Perasaan resah mula mencengkam hatiku.

Aku mula melilau, mencari dan menyelongkar ke seluruh ruang rumah. Bilik, ruang tamu, dapur, bilik air, balkoni…semua dah selongkar, semua aku punggah, tak jumpa juga. Waahhhhhh….apa dah jadi ni. Aku mula rasa semacam… takkan hilang kot. Nak kata salah letak pun tak patut sangat. Suasana dalam rumah pula bukannya sehebat Genting Sempah sehinggakan terlalu sukar untukku mencari sesuatu.

Dah lebih setengah jam aku cari, jam plak dah hampir pukul lapan….hiiishhhh dah hilang la ni… bisik hatiku. Seingat aku, kali terakhir aku memegang dompet, waktu aku bayar harga barang kat kedai runcit tak jauh dari rumah. Tanpa berlengah aku menyusuri jalan yang ku lalui malam tadi… tak jumpa juga… Aku tanya tuan kedai kalau2 la dia ada terjumpa dompet. “Tak ada”, ringkas jawab tuan kedai, namun amat rumit dan terlalu sukar bagiku.

Aku pulang ke rumah, kembali mencari, menyelongkar, memunggah… namun hasilnya tetap sama, tak ada. Aku membuat kesimpulan bahawa dompet aku hilang, barang kali tercicir kat mana-mana la tu… Dengan gaya orang kehilangan dompet, aku bergegas ke Pondok Polis Putra Perdana untuk membuat laporan. Selesai membuat laporan, sepantas mungkin aku merempit ke Putrajaya untuk ke bank… nak block la kad bank, nanti tak pasal-pasal papa kedana jadinya. Ketika membuat laporan, pegawai berkenaan memberitahu telah terdapat percubaan untuk mengeluarkan wang dari akaun aku… eishhh, suspen ni. Tapi cubaan itu gagal dan kini semua transaksi menggunakan kad telah ditahan, salah nombor PIN la tu… fuhhhh, lega. Kini telah sahih lagi nyata bahawa dompet aku telah tercicir dan kini telah berada dalam simpanan orang lain…hampeh tul…

Hidup aku hari tu agak porak peranda… ye la, dah satu apa pun tak da… kalau kena tahan polis tak pasal-pasal aku dianggap PATI. Itu yang aku risau… dah le muka tu ada sikit iras-iras hero Hindustan… sikit je la… orang la kata….. hahahahahaha… Dalam susah-susah hati, sempat lagi nak berangan tu… Satu lagi masalah… nak buat I/C dengan lesen baru kena pakai duit…Alamak!!!! Aku mana ada cash kat tangan… syiling ada la sikit… kat dalam botol kat rumah.

Tetapi mujur la kawan2 aku semuanya baik2 belaka… dengan bantuan kengkawan aku pergi la ke JPN Putrajaya, nak buat I/C baru. “Encik, sekarang ni kalau nak buat I/C baru, hilang kali pertama, kena bayar RM110. RM 100 denda, RM 10 lagi untuk proses” jelas Cik Kak kat kaunter JPN dengan senyum simpul… pulak dahhhhh…. “Tak pa la Cik, besok je la saya datang lain. Hari ni tak cukup duit. Tak tau la plak kena bayar sampai RM110”, ujarku dengan gaya macho. Hishhhh… susahnya….

Sekali lagi terpaksa la aku hantar isyarat SOS pada kengkawan. Ringkas cerita akhirnya dapat la aku buat I/C baru… terima kasih buat kengkawan semua yang bersimpati dan sedia membantu…jasa kalian akan aku kenang…budi baik kalian amat besar ertinya…

Kepada sesiapa yang mencilok dompet aku tu… insaf2 la.. jangan la dok buat kerja2 yg tak berguna tu lagi. Mujur la aku ni kira jenis yg baik hati la sikit… kalau la aku ni tergolong dari kalangan mereka yang dikira ganas… nanti tak pasal-pasal kembung perut…haaaaaaaa time tu baru tau….

Pesanan buat diri: Lain kali kena lebih beringat, hati-hati dan waspada

Pesanan dari kawan2: “Kami bukan Along, kami cuma nak tolong….”