Feeds:
Posts
Comments

Archive for March, 2009

Qabiltu…

Alhamdulillah… setelah bertunang hampir lima purnama lamanya, tanggal 28 Februari 2009 bersamaan 3 Rabiul Awal 1430 aku telah selamat diijabkabulkan dengan tunanganku Norhayati Yahya di Masjid Kg. Sungai Dedap. Dengan lafaz “aku terima nikahnya…” maka kini aku sudah bergelar sebagai seorang suami.

Dengan gelaran ini, kini sudah terpikul di bahu aku amanah sebagai seorang suami, anak, juga menantu. Aku berdoa moga2 aku dapatĀ  menunaikan semua tanggungjawab tersebut dengan sempurna.

gambokawen1

Dah kawin...

Selesai satu bab… kini tinggal majlis walimatulurus atau kenduri kawin yang bakal berlangsung kurang lebih 2 minggu dari sekarang. Persiapan bagi majlis tersebut kini hampir selesai sepenuhnya. Semoga majlis tersebut akan berlangsung dengan meriah dan sempurna. Kepada kawan2 yang ada kelapangan dijemput memeriahkan lagi majlis kenduri kawin ini.

Semoga jodoh pertemuan antara kami berdua akan kekal selamanya hingga ke hujung nyawa… “till death do us part” bak kata omputeh.

Read Full Post »