Feeds:
Posts
Comments

Selamat Hari Raya!!!

Satu Syawal bakal menjelang, tak lama lagi umat Islam seluruhnya bakal menyambut hari lebaran tanda kemenangan setelah sebulan berpuasa. Di kesempatan ini sukalah penulis mengucapkan Selamat Hari Raya; Maaf Zahir Batin kepada kedua ibubapa, sanak saudara, guru2 serta semua kawan-kawan, sahabat handai dan rakan taulan, juga kepada sesiapa sahaja yg mengenali diri ini (mcm ucapan raya kt TV plak…)

Andai kata tersalah tutur kata, terkasar bahasa, salah dalam kerja buat seharian, sengaja ataupun tidak, sudilah kiranya agar diberi kemaafan. Semoga hari raya tahun ini memberi seribu erti, dan membawa kerahmatan dan keberkatan buat semua insan.

For words that might have hurt
For jokes that turned sour and
For everything said or done wrong
My apology from the bottom of my heart
Have a happy Eid Fitri
 
Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa
Dalam bergurau mungkin terlanjur senda
Dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota
Di atas segala kekurangan, kesalahan dan kesilapan
Kemaafaan ku pinta
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN
Advertisements

Ramadhan datang lagi, maka mulalah umat Islam di seluruh dunia berpuasa. Malam ni dah mula bertarawih. Alhamdulillah sebab kita masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan untuk tahun ini. Semoga kita semua dapat bersama-sama mengambil peluang ini. Semua sedia maklum bahawasanya Ramadhan merupakan sebuah bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Sama-samalah kita menginsafi diri dan berusaha untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur. Kita manusia ni kadang-kadang agak lalai dan mungkin juga terlalu sibuk dengan urusan seharian sehinggakan terlepas pandang apa yang sepatutnya dan terlajak bagi apa yang tidak sewajarnya. Mungkin ada benarnya ungkapan;

Aku manusia

Pelakon cerita

Di pementasan alam ciptaan-Nya

Bukan sengaja melanggar arahan

Kadang terlupa watak dan peranan

Aku manusia…

(Aku Mahu Pulang/Amuk)

Semoga Ramadhan tahun ini memberi keberkatan kepada kita semua.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK kepada kawan-kawan serta umat Islam seluruhnya.

Kisah Tempayan Retak

Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung suatu pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya. Satu daripada tempayan itu retak sedangkan tempayan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang utuh itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan retak itu hanya dapat membawa air setengah penuh.

Selama dua tahun hal itu terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang utuh berasa bangga akan prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun, si tempayan retak yang malang itu malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan sedih sebab ia hanya dapat memberi setengah dari bahagian yang seharusnya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata pada si tukang air, “Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu”. “Kenapa kamu berasa malu?” tanya si tukang air. “Saya hanya mampu selama dua tahun ini membawa setengah bahagian air dari yang sepatutnya saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya yang membuatkan air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju ke rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi,” kata tempayan itu.

Si tukang air berasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya ia berkata, “Jika kita kembali ke rumah majikan esok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan”. Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memperhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor. Dan kembali dia minta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu, “Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan di sisimu tetapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang utuh? Itu kerana aku selalu menyedari cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu. Dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang”.

(Dipetik daripada Mingguan Malaysia “Kesihatan”, 1 Julai 2007, m/s 9)

Moral: Tiada siapa yang sempurna kecuali Yang Maha Esa. Kekurangan serta kelemahan yang ada bukannya alasan untuk seseorang itu tidak berjaya.


Apa ada pada 2 Julai? Pada org lain tarikh ni mungkin tak membawa sebarang erti. Tapi bagi aku ni lah satu tarikh di mana aku telah dilahirkan ke dunia ini …….. tahun yg lalu. Seperti selalu aku tak la celebrate besday aku ni beria2 sgt. Cuma sekadar mengingat yg hari ini salah satu drpd hari2 yg bersejarah dlm hidup aku.

Pagi ni pn aku datang keje macam hari2 biasa, ye la dh lama2 ni (lama ye bukan tua tau…) maleh lak rasa nk celebrate. Tima kasih la pada kengkawan semua sbb sudi wish dan celebrate besday aku ni. Igt juga korang sume kt aku ni…TQ

Sempena besday aku yang ke ehem ehem ni, aku harap la dipermudahkan oleh Tuhan hidup aku ni agar makin elok dan sempurna dalam segala segi.

Amin

Selamat Pengantin Baru

Pak…Pak…Pak… Pong…Pong…Pong…Pak…Pak…Pak…Pong…Pong…Pong…

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam. Maka dengan kehendak dan izin Tuhan jualah, telah selamat disatukan dua insan Adnan Bin Haris dengan Norlita Bt Mat Juni. Maka gegak gempitalah bumi Sekinchan, begitu juga halnya akan bumi Taiping menyambut perkhabaran yang menggembirakan ini. Adapun bumi Putrajaya ini sedikit sebanyak turut sama terasa akan tempiasnya. Terkadang suam-suam kuku jadinya dek bahana bahang dari Sekinchan asalnya. Maka mengucap tahniah penulis serta kawan-kawan seluruhnya akan nikahnya Adnan dan Norlita ini.

Adapun akan meriahnya majlis ini tiadalah dapat dinafi. Berbondong-bondong sanak saudara, jiran tetangga, sahabat handai, rakan taulan menghadiri akan walimatul urus raja sehari. Berhajatlah mereka semua untuk menatap dan merai pengantin keduanya. Teramatlah suka akan sekalian yang hadir melihat akan serinya pengantin dua sejoli.

Kelihatan kedua mempelai itu amatlah sepadan. Dapat diumpamakan bagai pinang dibelah dua, kata orang tua-tua. Betapa akan suka dan girangnya kedua mempelai itu amatlah jelas dan nyata. Senyuman manis tampak menguntum dari bibir mereka berdua. Jika pun diukur dan disukat akan senyum kedua mempelai itu, sampai ke telinga panjangnya.

Maka berdoalah akan sekalian yang hadir akan kesejahteraan dan kebahagian keduanya. Harapan semua biarlah diberkati serta dirahmati akan perkahwinan kedua mereka. Moga berkekalan jodoh serta bahagia sehingga ke akhir hayat pinta mereka. Biar bersatu bumi dengan langit namun mereka berdua berpisah tiada. Doa dipanjat restu dipinta, dimakbulkan Yang Maha Esa hendaknya…Amin…

Sukalah disini penulis menghadiahkan sebuah lagu kepada pengantin berdua. Jika diingat lagu ini dimainkan di dalam filem “Madu Tiga”. Harapan penulis agar terhibur akan pengantin keduanya. Namun barang harus diingat, janganlah ditiru akan perangai “Jamil bin Abu” itu hendaknya.

Gambus jodoh

Pukullah tabuh
Pukullah tabuh pukul rebana
Pukullah tabuh
Pukullah tabuh pukul rebana

Kalaulah jodoh
Kalaulah jodoh tidak ke mana
Ya naam sidi
Kalaulah jodoh tidak ke mana

Gununglah Banang
Gununglah Banang Gunung Selawa
Gununglah Banang
Gununglah Banang Gunung Selawa

Bagaikan pinang
Bagaikan pinang dibelah dua
Ya naam sidi Bagaikan pinang dibelah dua

Tanah yang licin
Tanah yang licin tidak berduri
Tanah yang licin
Tanah yaang licin tidak berduri
Ibarat cincin
Ibarat cincin lekat di jari
Ya naam sidi Ibarat cincin lekat di jari

Ini sebuah cerita di sebalik kejayaan Columbus yang menemui benua Amerika. Setelah penemuan yang fenomenal itu, Columbus menjadi sangat terkenal dan diagungkan-agungkan oleh raja dan rakyat jelata. Columbus pun diangkat menjadi seorang bangsawan. Popularitinya membuatkan beberapa orang menjadi iri kepadanya.

Pada suatu hari, Columbus mengadakan jamuan makan. Dia menceritakan semula kisah yang dihadapi dalam pengembaraannya. Semua tamu undangan terpukau dan mengakui kehebatan Columbus. Namun beberapa orang yang iri dengan sinis berkata: “Apa hebatnya dia? Dia cuma belayar dan secara kebetulan, menemui benua itu. Sesiapa saja mampu melakukan itu”.

Mendengarkan hal tersebut, Columbus kemudian mencabar orang-orang yang iri tersebut. “Marilah kita bertanding untuk membuktikan siapa yang lebih baik. Barang siapa yang berjaya membuat telur-telur rebus itu berdiri di atas meja makan ini, maka dialah orang yang terbaik dan semua gelaran dan kekayaanku akan ku serahkan kepadanya”. Orang-orang yang iri tadi menyahut cabaran Columbus.

Mereka mulai berusaha untuk membuatkan telur-telur rebus itu berdiri di atas meja. Namun oleh kerana telur adalah benda bujur, adalah cukup mustahil untuk telur mampu diletakkan secara menegak di atas meja. Setiap kali cuba didirikan, maka telur-telur itu terus menggelongsor jatuh. Akhirnya mereka menyerah kalah.

Kini tiba giliran Columbus. Columbus memegang telur rebus itu di atas meja dengan posisi tegak kemudian dengan tangannya yang satu lagi, Columbus menekan hujung atas telur rebus itu ke meja sehingga hujung bawah telur menjadi remuk dan memipih. Tidak lonjong lagi. Nah! Telur tersebut mampu berdiri tegak di atas meja.

Melihat hal tersebut, orang-orang yang iri dengan sinis berkata; “Ah… kalau begitu caranya, kami juga boleh membuat telur rebus itu berdiri.” Dengan bijak dan sambil tersenyum, Columbus berkata; “Kalau begitu, mengapa tidak kamu melakukannya?”

Dipetik daripada Mingguan Malaysia, 3 Jun 2007, m/s 28

Happy Mother’s Day

Setelah 9 bulan berada dlm kandungan, maka tanggal 2 Julai 1977 bersamaan 15 Rejab 1398H, lahirlah seorang jejaka yang kini hensem lagi macho, kacak serta tampan di alam maya ni (aku le tu…hehehe). Terima kasih emak atas penat jerih mengendong selama 9 bulan serta susah payah membesarkan anakmu (yg menurut crita dikatakan masa kecik2 dulu boleh tahan juga la perangainye…). Skrg ni dh besaq dh pn…

Sesungguhnya begitu besar dan banyak perngorbanan seorang ibu demi kebahagian anak2 mereka. Walaupun kebanyakan daripada anak2 ni biasanya tak tahu, sesetengahnya buat2 tak tahu, yg lain pula tak mau ambil tau macam mana susah payah pengorbanan si ibu ni, namun si ibu biasanya tak ambil kesah pun, sayangnya si ibu ni pada anak2. Sampai bila2 pn tak mampu dan tak akan terbalas jasa ibu ni. Tak payah banyak, harga setitis susu ibu pn tak akan terbayar smpai bila2….

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin? Rasulullah s.a.w bersabda: Ibumu. Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ayahmu.

Lagu ini ditujukan khas buat seluruh kaum ibu di segenap pelusuk alam.

My Mother by Yusuf Islam

(Teacher): “The Prophet Muhammad (sall-Allahu alayhi wa sallam) told us that we must obey Allah and His messenger at all times. But who else did he tell us to listen to, and be close to?

(Children): “My Mother!”

Who should you give your love to?
Your respect and your honour to?
Who should you pay good mind to – after Allah,
And Rasullullah?
Comes your Mother,
Who next? Your Mother
Who next? Your Mother
And then you Father

Cause who used to hold you
And clean you and clothe you?
Who used to feed you
And always be with you?
When you were sick, stay up all night,
Holding you tight?
That’s right no other, your Mother

Who should you take good care of,
Giving all your love?
Who should you think the most of – after Allah
And Rasullullah?
Comes your Mother,
Who next? Your Mother
Who next? Your Mother
And then you Father

Cause who used to hear you
Before you could talk?
Who used to hold you
Before you could walk?
And when you fell, who’d pick you up?
Clean your cut?
No one but, your Mother, your Mother

Who should you stay right close to?
Listen most to?
Never say no to – after Allah
And Rasullullah?
Comes your Mother,
Who next? Your Mother
Who next? Your Mother
And then you Father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes?
Comb your hair and blow your nose?
And when you cried who wiped your tears?
Knows your fears? Who really cares?
Your Mother

Say Alhamdulillah,
Thank you Allah
Thank You Allah for my Mother