Alhamdulillah… setelah bertunang hampir lima purnama lamanya, tanggal 28 Februari 2009 bersamaan 3 Rabiul Awal 1430 aku telah selamat diijabkabulkan dengan tunanganku Norhayati Yahya di Masjid Kg. Sungai Dedap. Dengan lafaz “aku terima nikahnya…” maka kini aku sudah bergelar sebagai seorang suami.
Dengan gelaran ini, kini sudah terpikul di bahu aku amanah sebagai seorang suami, anak, juga menantu. Aku berdoa moga2 aku dapat menunaikan semua tanggungjawab tersebut dengan sempurna.
Selesai satu bab… kini tinggal majlis walimatulurus atau kenduri kawin yang bakal berlangsung kurang lebih 2 minggu dari sekarang. Persiapan bagi majlis tersebut kini hampir selesai sepenuhnya. Semoga majlis tersebut akan berlangsung dengan meriah dan sempurna. Kepada kawan2 yang ada kelapangan dijemput memeriahkan lagi majlis kenduri kawin ini.
Semoga jodoh pertemuan antara kami berdua akan kekal selamanya hingga ke hujung nyawa… “till death do us part” bak kata omputeh.
yeaaaaaa halim dh jd suami orang….akhirnya penantian dh berakhir, dpt jugak aku mak tiri….hihihihi…tahniah halim
yeeehaaaaaaaaaaaaaaa…….
akhernya tengku halim telah menjoinkan dirinya untuk berdiri sebaris dgn ahli kelab kami; Kelab Orang Kelamin (KOK)
mudah-mudah sentiasa berbahagia hingga ke akhir hayat. harap bersabar la wat masa ni sbb duk jauh2..tapi bak kata suli, duduk jauh senang lekat..hahahaha…
p/s: adakah itu songkok rasmi UIA?
al-hamdulillah… moga kekal hingga hujung nyawa :)insya-Allah
hahaha mana punya teori ni dok jauh senang lekat?? muahahaha tp maybe..so bulan 12 kite akan dpt anak sedara lg ke?? ahakssss….
hahahahahahahaaa,
halim udah menikah iaitu satu perjanjian social contract seumor hidup yang membawa satu ikatan mutual trust yang dioffer oleh public bank ke, CIMB ke dan lain2 lagi la…
ya, songkok UIAM telah digunakan oleh saudara halim dalam upacara rasmi nie rupanya heheheheeee. aku tau tu, aku tau… tapi takpa, songkok kita pakai 5 tahun sekali la, so takpa kalau kita pakai lama punya pon takpa..
macam aku la, aku pakai songkok masa konvo diploma tahun1999.. dan lepaih tu tahun 2007 masa akad nikah.. dan la nie, songkok tu aku simpan dalam kotak dia dan dok dalam lemari kat Tepen heheheehehehee… simpan buat arkib.
halim dah masok satu environment yang paleng baru serta julung2 kali dibuat oleh org.. tahniah brader.. bak kata pepatah, pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti…heeheheehe
“Semoga jodoh pertemuan antara kami berdua akan kekal selamanya hingga ke hujung nyawa… till death do us part bak kata omputeh..”
ayat nie power……
yeay… tengku halim!!!! selamat pengantin baru ye…
Panjang betui bingkisan dan nukilan daripada nandre tu.. kami disini penuh dengan keterujaan dengan perkahwinan tengku halim ini lebih-lebih lagi dengan penampilannya yang bersongkok UIA tu. Cayalah…
Dan sekarang yang tinggal hanyalah kammy arjuna (Alumni PLF 2006) yang masih bujang dan tidak menentu hidupnya. mudah-mudahan beliau akan segera ketemu jodoh dan jangan hilang-hilang lagi…
“till death do us part”.. Jiwangnyaaaa…
tahniah alim… semoga berbahagia selalu…
tahniah abg halim…semoga kekal hngga ke akhir hayat…dan berbahagia bersama 4ever….amin
salam.
tahniah en. halim dan isteri. selamat melangkah ke alam baru. banyakkan bersabar dalam menempuh dugaan. ingatlah,itu semua cobaannnn…
🙂
-Ain
walaupun terlambat tapi aku nak wish gak..selamat pengantin baru..en halim kawin sama dengan tarikh aku bersalin.wakakaka.cpt2 la dapat cahaya mata ye..